Marilah kita sama2 cuba muhasabah diri kita tentang sikap kita terhadap agama islam sebagai agama fitrah firman Allah SWT yang bermaksud “maka hadapkanlah dirimu(wahai Muhammad dan para pengikutmu) kearah agama yang jauh daripada kesesatan,(ikutlah)agama ciptaan Allah ,iaitu agama yang fitrahkan manusia untuk menerimanya…..”
Ditegaskan agar para jemaah beritizam penuh dengan seluruh ajaran islam setelah kita semua saya,keluarga saya dan bapa untuk menegur isteri2 atau ank2 perempuan mereka tentang pakaian yang sedang menuju kearah kefasadan,Apakah dimaksudkan dengan ‘Fasad’ disini?Adakah seprti gadis2 remaja Malaysia yang berpakaian seluar ketat atau singkat ,londeh mempamerkan jenama seluar dalam atau tshirt singkat menampakkan pusat atau sedikit menampakkan dada atau mewarna rambut ‘color karak’
Sepatutnya pakaian muslimah adalah bersaiz longgar dan tidak tipis.tudung mereka menutup dada.yang menjadi subjek dissini ialah masyarakat memandang bahawa potongan baju yang mengikut bentuk badan itu dalah satu jalan yang terbentang luas untuk menuju kefasadan @ kerosakkan dalam masyarakat (bagi orang melayu pula,berbaju kebaya itu biasalah dikira masih sopan dan tak berdosa pon).Mari kita sama renungkan tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi SAW oleh satu hadis’,,,
,,,dan orang2 perempuan yang berpakaian (tetapi bertelanjang,berjalan dengan bergaya (melenggang lengok) kepala mereka bonggol unta(mereka meninggikan bonggolan rambut mereka dengan berhias2),mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya…’(sahih muslim).Sehingga keadaan wanita mereka benar2 meyerupai apa digambarkan dalam hadis diatas,Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi SAW.Memang benar pada akhir zaman ini,begitu ramai golongan wanita yang berpakaian telanjang’
Para ulama memberikan beberapa definasi berkenaan maksud hadis2 ini.Antara adalah:-
1. Dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi bertelanjang daripada mensyukurinya iaiatu tidak bersyukur.
2. Dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkan secara zahir.
3. Dikatakan ia memakai pakaian nipis sehingga merupakan warna kulitnya atau pakaian yang ketat menampakkan bentuk badannya
Pada zaman ini kita dapat melihat kebesaran yang dikhabarkan oleh nabi SAW dalam hadis ini.Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu.Kerana Nabi SAW menyatakan dalam hadis yang sama”….aku belum pernah melihat mereka ini.’’Ertinya
Pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahaliah arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut.berpakaian telanjang?Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawan maksudnya ini?
Perkara ini memang sewajarnya dijadikan peringatan untuk masyarakat sebagai satu renungan untuk masyarakat islam di Malaysia.di tanah air kita,yang menyedihkan ialah golongan wanita ini mengaku diri sebagai muslimah.Sama ada mereka berpakaian dengan mededakan terus anggota tubuh atau pun mereka mengenekan pakaian sempit dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.kedua2nya bertentangan dengan akhlak islam dimana seorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna.
Sebahagian nya pula merasakan sudah memadai dengan memakai tudung dan menutup kepala itu sudah dikira menutup aurat.Mereka mendedahkan anggota tubuh yang lain seperti leher,dada,lengan,kaki atau berpakaian ketat sehinggakan menampakkan bentuk badan seperti buah dada,punggung,paha,dan betis,inilah yang dikatakan ‘bertelanjang’.
Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memehami keutamaan dalam memalihara aurat…Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan syahwat berbanding dengan hanya menutup rambut atau kepala.
Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini adalah lenih keji daripada mendedahkan rambut atau kepala.Bagaimana ini bukanlah hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung,jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan adalah aurat dan WAJIB ditutup kecuali muka dan dua telapak tangan.
Sunday, August 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment