Monday, March 15, 2010

Ku panjatkan syukor kpdMu yaAllah...

Bismillahorrahmanirrahim...sekian lame ak menunggu saat ini...terjawab juga akhirnya...tp sbnarnya takdelah lame mane...tp disebabkan terlalu risau...tp ak terus bersaba n bersaba sampai pd 11/3/2010 after 5pm konon terjawab juga walaupon terlalu susah untuk masuk portal uia yg sangat canggih itu...sampai tangan dah tak rase tgn disebabkan terlalu nervous teramat2 sgt...hanya Allah jer thu...sekian ku mencuba dan trus mencuba tanpa putus asa sampai kul 3 pagi juga lah...akhirnay terjawab jua...dgn memasukkan matric no. and password...dgn perasaan redo dan pasrah menerima ketentuanNya sblum terjawabnya dan terlihatnya...sbb ak yakin Allah akan memberikan ape yg terbaik untuk kita...ketika result sudah didepan mata ku...ak termenung saja kerana merasakan agak tak phm ape yg die tulis...hahah...nak nngis tp tak kuar air mate...dan pada mase yg sama my friends ade lah dalam 6 org tanya my result...then ak pon trus ckp"ak tersanggkut gak kat EPT"...patu sorang kwn ak ckp "izzah Allhamdullilah ak pass"...then ak rase serba pelik bkan ape mcm tak sedap hati,even ak dah redo...tp ak chek lg skali kat status ak tu pon tulis pass...ak pon chek ade lah dalam 5kali disebabkan mcm tak percaya...hahah...rupe2nya Alhamdullilah mmg ak lps untuk pergi ke GOmbak...bersyukor sgt2...terime kasih YaAllah...so dikesempatan ini ak mmg kene mengunakan mase cuti ku untuk membuat kerje2 yg berfaedah jgn sia2kan cuti ku dalam 4bulan...tgh dipertimbangkan lg ape yg sesuai kerja untukku ...heheh...k lah setakat niy dulu..kalu ade bende menarik baru ak jupe ko balik eak blog...insyaAllah kalu panjang umor...;)..wasalam...

Tuesday, February 16, 2010

paperku sudah habis...

Bismillahirrahmanirrahim....dgn ini sy megumumkan exam sudah habes....hahaha..suke suke gak tp result lum kuar g...hummm so worry about that....malas nak pk g...tp die kdg2 datang dalm otak ak...yaAllah ak memohon sgt2 ak dapat lepas drpd cfs iium nie...sgt2 mohon ak thu dgn kuasa Mu shaja yg dapat membantu ak...amin2..nak sgt2 masuk Gombak iium...humm...insyaAllah...Allah thu yang terbaik tok ak...tp ade lg satu maslah kat umah niy...ak tkut TERBUANG MASE tp mintak2 lah tak...actually byk jer aktiviti yg leh ak wat time cuti takleh nak terlist...kpd kwn2ku yg ckp takde keje balik umah tuh n boring n ape2 lg tu...sbnrnye korg ade jer banyak keje yang leh buat sperti KEMASI BILIK ANDA SPERTI HOTEL 5STAR...hahhaa...mcm lah dah kemas sgt kan bilik korg...hahah(jk)...kpd ayu,akmal kecik ,sakinah ,ilham,iryani,azrin n yg tak disenaraikan sorry sbb ramai sgt yg nak berkawan ngan ak niy...hihihi.....bantulah parents anda jgn duk habeskan beras jer kat umah tuh eak...hahah...k???ada pham...ank dare tak elok tido lame2...belaja lah memandu,memasak,menanam,menjahit n ape2 yg berfaedah lak...taw2...pesan kat diri sendiri gak niy...hehe...nnti korg ckp ak poyo lak kan...hehe...klah nak smbung packing brg nak sign out dari hotel khadijah434....jap g mama sampai...hehe...hopefully sem dpn kat Gombak dah ...doakan ye same2 g Gombak...k salam...

Wednesday, February 10, 2010

Sem hampir ke pengakhiran...

bismillahirrahmanirrahim...salam...mimpi ape ntah ak niy....kpd kwn2 ak yg dok tak abes2 tnye bile nak update blog niy yg korg ckp dah bersarang niy...ak tgk tak bersarang pon..:P...ak dah tunaikan hajat korang...doalah ak leh istiqomah dalam menaip kat dalm blog niy untuk memberi informasi terkini and hangat...hahahah..tibe2 ase nak menaip balik...mybe takde keje kot...haha...takde keje lah sgt kan...paper ade lg 1 programming lak tuh...SUBJEK YG PALING SENANG...hmmm ak dah lepas dah 2 paper...lps menjawab jelah..result blum thu lg lepas ke tak....takut sgt dgn result yg akn kuar nnti...SGT2 TAKUT...yelah niy lah sem last ak kat CFS IIUM PJ...If ak tak lepas ak kene dok cini lg...nauzubbilah...hopefully ak lepas...ak dah try sedaye upaye tenage n mase ak tok stdy last mint...hahahah...tulah dak zaman skg kan....bile agknye nak insaf...bile nak exam baru nak gelabah tgk buku...sampai nak mkn pon tak kenyang...yeke...kenyang je...hahaha...saje jer nak wat cite...ntah ak pon tak thu nak ckp pe kat cini...ak cume nak ckp yg ak nak dpat pointer bgus tok sem niy n dapat lepas sume paper...especially EPT...hummm...klah ak dah nantok lah plak...hummm...katil dah pggl...emmm klah GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS especially dak yg dah nak g IIUM GOMBAK...tak kira dimana anda berada....hihi..ak thu korang sume dah taksaba kan...takpe lg 1 paper g untuk kite bergembira...hahaha...k...wslm...

Sunday, October 25, 2009

SEM BARU SUDAH KEMBALI...

Bismillahhirahmanirrahim....hummm ..terasa nk tulis lah plak..huhu...pejam celik pejam celik...dah sem baru dah ak niy...ape matlamat baru ku untuk dis sem eak...mcm2 dalam otak niy dipikirkan...even sem niy skit je subject yg ak amek...tp....agak mencabar bg diriku ini...hopefully...Allah beri kemudahan untuk diriku dan kwn2 ku sekalian...nak sangat cpt masok Gombak...hmmm...insyaAllah ak mesti yakin Allah pasti membantu hambanya jika berusaha sungguh2...kan...dalam hidup niy mane ade org taknak berjaya kan...tipu lah kan kalu ada...sampai cni jelah kot benda yg ak nak share..mane leh lebih2 kan...k gud luck to all my friends..tak kira dimana kalian berada...=)...eh jap..yang dok cuti2 kat umah tu selama 2 bulan..pandai2 lah buat perkara yg berfaedah eakkk...jgn dok buang mase jerk...hehe...k lah...salam...

Sunday, August 16, 2009

"WANITA BERPAKAIAN TELANJANG''

Marilah kita sama2 cuba muhasabah diri kita tentang sikap kita terhadap agama islam sebagai agama fitrah firman Allah SWT yang bermaksud “maka hadapkanlah dirimu(wahai Muhammad dan para pengikutmu) kearah agama yang jauh daripada kesesatan,(ikutlah)agama ciptaan Allah ,iaitu agama yang fitrahkan manusia untuk menerimanya…..”

Ditegaskan agar para jemaah beritizam penuh dengan seluruh ajaran islam setelah kita semua saya,keluarga saya dan bapa untuk menegur isteri2 atau ank2 perempuan mereka tentang pakaian yang sedang menuju kearah kefasadan,Apakah dimaksudkan dengan ‘Fasad’ disini?Adakah seprti gadis2 remaja Malaysia yang berpakaian seluar ketat atau singkat ,londeh mempamerkan jenama seluar dalam atau tshirt singkat menampakkan pusat atau sedikit menampakkan dada atau mewarna rambut ‘color karak’

Sepatutnya pakaian muslimah adalah bersaiz longgar dan tidak tipis.tudung mereka menutup dada.yang menjadi subjek dissini ialah masyarakat memandang bahawa potongan baju yang mengikut bentuk badan itu dalah satu jalan yang terbentang luas untuk menuju kefasadan @ kerosakkan dalam masyarakat (bagi orang melayu pula,berbaju kebaya itu biasalah dikira masih sopan dan tak berdosa pon).Mari kita sama renungkan tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi SAW oleh satu hadis’,,,

,,,dan orang2 perempuan yang berpakaian (tetapi bertelanjang,berjalan dengan bergaya (melenggang lengok) kepala mereka bonggol unta(mereka meninggikan bonggolan rambut mereka dengan berhias2),mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya…’(sahih muslim).Sehingga keadaan wanita mereka benar2 meyerupai apa digambarkan dalam hadis diatas,Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi SAW.Memang benar pada akhir zaman ini,begitu ramai golongan wanita yang berpakaian telanjang’


Para ulama memberikan beberapa definasi berkenaan maksud hadis2 ini.Antara adalah:-
1. Dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi bertelanjang daripada mensyukurinya iaiatu tidak bersyukur.
2. Dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkan secara zahir.
3. Dikatakan ia memakai pakaian nipis sehingga merupakan warna kulitnya atau pakaian yang ketat menampakkan bentuk badannya



Pada zaman ini kita dapat melihat kebesaran yang dikhabarkan oleh nabi SAW dalam hadis ini.Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu.Kerana Nabi SAW menyatakan dalam hadis yang sama”….aku belum pernah melihat mereka ini.’’Ertinya


Pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahaliah arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut.berpakaian telanjang?Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawan maksudnya ini?


Perkara ini memang sewajarnya dijadikan peringatan untuk masyarakat sebagai satu renungan untuk masyarakat islam di Malaysia.di tanah air kita,yang menyedihkan ialah golongan wanita ini mengaku diri sebagai muslimah.Sama ada mereka berpakaian dengan mededakan terus anggota tubuh atau pun mereka mengenekan pakaian sempit dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.kedua2nya bertentangan dengan akhlak islam dimana seorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna.


Sebahagian nya pula merasakan sudah memadai dengan memakai tudung dan menutup kepala itu sudah dikira menutup aurat.Mereka mendedahkan anggota tubuh yang lain seperti leher,dada,lengan,kaki atau berpakaian ketat sehinggakan menampakkan bentuk badan seperti buah dada,punggung,paha,dan betis,inilah yang dikatakan ‘bertelanjang’.


Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memehami keutamaan dalam memalihara aurat…Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan syahwat berbanding dengan hanya menutup rambut atau kepala.
Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini adalah lenih keji daripada mendedahkan rambut atau kepala.Bagaimana ini bukanlah hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung,jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan adalah aurat dan WAJIB ditutup kecuali muka dan dua telapak tangan.

Friday, August 14, 2009

DISEBALIK ASET BERHARGA WANITA


"Katakanlah kepada wanita yang beriman ,hendaklah mereka menahan pandangannya ,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa)nampak daripadanya.Dan jaganlah menampakkan perhiasannya kecuali kpd suami mereka atau ayah mereka,atau putera2 mereka,atau putera2 suami mereka atu puter2 saudara leleki mereka atau putera2 saudara perempuan mereka atau wanita2 islam atau hamba2 yang mereka miliki,atau pelayan2 lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita atau kanak2 yang belum mengerti tentang aurat wanita"-al-Nur:24


Sta
tistik menunjukkan bahawa kadar masalah aurat semakin merebak bak influenza HIN1!!!
adakah
anda tahu bahawa aurat sister sesame sister adalah dari pusat hinggan ke lutut?
Jadi,apakah kerelevenannya untuk memakaiseluar ketat even dalam bilik yang ada rumet?tak ke tu same je dengan tak pakai seluar cumanya berkale jer??
Even aurat kita just dari pusat ke lutut,tapi tak bermakna kita boleh tunjukkan yang lain(paham2la noh).Yang lain tu semua adalah maruah kita...
Jadi kalau rasa kita ni sister yang bermaruah sama2lah kita tutup 'maruah'kita...


Kalau Dr Marwa El Sharbiny berjihad mempertahankan jilbabnya,knp kita tak mahu mempertahankan aurat kita??


Renung-renungkan dan selamat beramal!!!



Pelanggaran Batas-batas Aurat Masih Terjadi Mungkin Disebabkan Kerana:-
  1. Belum mengetahuai batas2 aurat
  2. sudah mengetahuai namun belum memahami
  3. sudah mengetahuai namun TIDAK MAHU MENGAMALKAN

ASET PENTING WANITA
Rasullulah S.A.W bersabda:"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya maka mereka tidak boleh dilihat akan dia,melainkan mukanya dan dua tapak tangan nya hingga pergelanggan''-Hadis riwayat Abu Daud-


MUKA DAN TANGAN
Asma binti Abu Bakar menemui rasulullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis,
Sabda Rasulullah S.A.W:
Wahai Asma ,sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelanggan tangan dan wajah sahaja-riwayat muslim dan Bukhari-


MUKA DAN LEHER
"Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung sampai hungga menutup dada mereka."


WANGIAN
"
siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wagian kemudian melewati suatu kaum,supaya mereka itu mencium baunya,maka wanita itu telah di anggap melakukan zina dan tiap2 mata itu adalah zina''-Riwayat Nasai,Ibnu khuzhaimah dan Hibban.



KAKI
"
Dan jangan lah mereka (perempuan)membentakkan kan kaki (
atau mangangkatnya) agar diketahuai perhiasan yang mereka sembuyikan"-An Nur:31








Thursday, August 6, 2009

Semulia-mulia mahkota

Semulia-mulia mahkota adalah mahkota agama.semulia -mulia pakaian adalah pakaian yang melindungi.kejujuran dan amanah.Pakaian riya adalah pakaian yg rapuh.Selendang kesombongan adalah selendang yg mudah terkoyak.Mengerjakan sunnah,adalah jalan menuju jannah.Menemani para perlaku kejahatan dan perlaku dosa,selalu membawa kerugian dan penyesalan.Mereka adalah penyeru ke neraka.
Semua pakaian akan lusuh kecuali pakaian takwa. Barangsiapa yang di dunianya celaka kerana melawan Tuhannya,maka di akhiratnya ia akan lebih sengsara dan celaka.Tertawanlah orang yg ditawan oleh hawa nafsunya.terhinalah orang yg melawan tuhanya.muflis lah orang yg miskin amalnya.